Monday, June 13, 2011

Metro News :'(

“ARWAH adalah yang paling bersemangat untuk ke Grand Final Kejohanan Sorak Harian Metro, Ahad ini. Namun, Allah SWT lebih menyayangi dirinya.” Begitu kata guru pengiring pasukan sorak lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU), Johor Bahru, Ignite, Suryani Sulaiman, yang kehilangan pelajarnya, Aizat Akmal Zahbahar akibat kemalangan motosikal.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, 1 Jun lalu membabitkan tiga ahli pasukan Ignite yang dalam perjalanan ke sebuah gerai di belakang sekolah untuk bersarapan sebelum memulakan sesi latihan ke saingan Grand Final anjuran akhbar ini.
Bagaimanapun, motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan motosikal lain yang difahamkan turut ditunggangi penuntut dari sekolah sama.
“Arwah atau lebih mesra dengan panggilan ‘kecik’ oleh rakan seangkatan yang membonceng motosikal, terpelanting dan kepalanya dipercayai terhantuk ke pembahagi jalan. Dua lagi pelajar saya hanya cedera ringan tetapi arwah koma sejak hari kejadian.
“Doktor memberitahu arwah mengalami kecederaan otak yang serius hingga nyawanya terpaksa bergantung pada mesin. Namun semalam (kelmarin), dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Aizat, 17, disifatkan guru dan rakan seangkatan sebagai seorang yang amat baik, rajin dan sering hadir awal ke medan latihan, disahkan meninggalkan dunia di Hospital Engku Tun Aminah, jam 8.30 malam, kelmarin.
Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Allif, sebelum solat Zuhur, semalam.
Bagaimanapun, Ignite masih ingin meneruskan perjuangan dan berentap di Grand Final yang dibawa oleh Ambank di Berjaya Times Square, Ahad ini, demi arwah.
“Rakan seangkatannya ingin meneruskan perjuangan kerana saingan di Grand Final Ahad ini adalah kehendak arwah. Jika kami bergelar juara, maka ini adalah kemenangan untuknya.
“Malah pasukan turut sepakat untuk memberi sebahagian dari wang yang dimenangi untuk keluarga arwah sekiranya berjaya meraih kemenangan,” kata Suryani lagi.
Ignite adalah pemegang gelaran naib juara Grand Final Kejohanan Sorak Harian Metro tahun lalu, dan juara peringkat Zon Selatan, baru-baru ini.

Like it? Reactions pleasseee ? K loveyou muahhh :*

Energy Saving :)